PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN W.P. LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATIONS SDN BHD(Untuk sekolah 4G sahaja. Maklumat ini boleh diabaikan oleh sekolah-sekolah ADSL dan VSAT)
Kami menyediakan capaian internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi ke sekolah -sekolah di seluruh Malaysia
PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN W.P. LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATIONS SDN BHD(Untuk sekolah 4G sahaja. Maklumat ini boleh diabaikan oleh sekolah-sekolah ADSL dan VSAT)
Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini
PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN W.P. LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATIONS SDN BHD(Untuk sekolah 4G sahaja. Maklumat ini boleh diabaikan oleh sekolah-sekolah ADSL dan VSAT)
Kaedah pembelajaran ‘cloud’ membolehkan pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana-mana jua
PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN W.P. LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATIONS SDN BHD(Untuk sekolah 4G sahaja. Maklumat ini boleh diabaikan oleh sekolah-sekolah ADSL dan VSAT)
Kementerian pendidikan bekerjasama dengan YTL Communications melengkapi sekolah-sekolah dengan teknologi terkini

Selamat Datang ke 1BestariNet

Pihak sekolah diminta menyegerakan penghantaran Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk membolehkan verifikasi  pembekalan perkhidmatan profil baharu bandwidth 1BestariNet ke sekolah-sekolah 4G diuruskan di peringkat pusat.

Dimaklumkan bahawa halaman Teacher Registration dan School LAN and Device di dalam 1BNSelfCare dibuka untuk pengemaskinian maklumat sehingga 30 September 2016. Selepas tarikh ini maklumat tidak boleh lagi dikemaskini.

KESILAPAN YANG BANYAK DILAKUKAN SEMASA MENGISI BORANG SAP & SPP

Sepanjang pihak kami menyemak Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan di dapati banyak kesilapan yang dilakukan oleh pihak sekolah semasa mengisi atau mengirimkan Sijil Akuan Penerimaan & Sijil Pengujian dan Pentauliahan.

Disenaraikan di bawah kesilapan-kesilapan yang banyak terdapat pada SAP dan SPP yang telah kami terima. Semoga kesilapan yang sama tidak akan dilakukan oleh sekolah-sekolah lain yang masih belum mengirimkan SAP dan SPP. Semua SAP dan SPP yang mempunyai kesilapan ini akan dianggap tidak lengkap dan perlu dikirim semula oleh pihak sekolah.

Perlu diingat bahawa SAP DAN SPP ini adalah sebahagian daripada dokumen rasmi kerajaan dan perlu diisi dengan lengkap sebagai mematuhi prosedur kewangan kerajaan.

Kesilapan yang sering dilakukan:

  1. Tidak menghantar dokumen SAP & SPP sebanyak 3 (TIGA) salinan ASAL. Ada yang hantar cuma satu salinan atau dua salinan sahaja.
  2. Tidak menulis/mencatatkan Nama Sekolah dan Kod Sekolah pada SETIAP salinan SAP dan SPP. Dokumen SAP dan SPP ini akan dipisah-pisahkan untuk 3 pihak yang berlainan. Ketiadaan maklumat berkenaan akan menyukarkan pihak yang mengurus dokumen kerkenaan.
  3. Menghantar salinan fotostat. Semua ketiga-tiga salinan SAP & SPP perlu dalam salinan ASAL. Tandatangan mesti tandatangan ‘hidup’ dan bukannya yang difotostat.
  4. TIDAK mencatatkan maklumat bandwidth ‘speed test’ pada ruangan ‘Terima’ dalam dokumen SPP. Dokumen SPP yang tidak mempunyai maklumat ‘speed test’ tidak akan diproses dan pihak sekolah perlu menghantar semula dokumen berkenaan berserta dengan maklumat hasil ‘speed test’.
  5. Tiada Cop Rasmi Sekolah pada setiap dokumen SAP dan SPP. Cop Rasmi Sekolah (cop bulat) perlu dicop ‘hidup’ pada setiap dokumen. Banyak sekolah mengirim dokumen SAP dan SPP dalam bentuk fotostat. Terdapat juga dokumen yang tidak mempunyai cop rasmi sekolah. Dokumen yang difotstat warna atau dicetak warna juga masih dikira sebagai bukan salinan ASAL.
  6. Menggunakan cecair pemadam (liquid paper) pada dokumen SAP dan SPP. Sebarang kesilapan semasa mengisi dokumen SAP dan SPP perlu dipotong dan ditandatangan dan bukannya dipadam menggunakan cecair pemadam.
  7. Setiap dokumen SAP dan SPP perlu dicetak lengkap dalam satu muka surat mengikut seperti format asal. Terdapat sekolah yang memisahkan dokumen dalam dua helaian yang berasingan seperti maklumat ujian di helaian pertama dan tandatangan pengesahan di helaian kedua. Terdapat juga sekolah yang mencetak di kedua-dua muka kertas (double side).
  8. Tidak menulis tarikh pada dokumen SAP dan SPP.

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.

Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Transformasi Pendidikan Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Kaedah Pendidikan BersepaduKementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.
10,000 Sekolah Di Seluruh Malaysia Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Nantikan kehadirannya di sekolah anda tidak lama lagi! Ketahui bila kami akan tiba ke sekolah anda.
Melengkapi Generasi Masa DepanSejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.